Ramai orang yang bertanya bagaimana untuk menjimatkan penggunaan petrol bagi kenderaan mereka? Jawapan ku senang jer, kalau nak jimat petrol jangan guna petrol. Ha..ha..ha.. Maaf gurau sahaja. Sebenarnya bagi pendangan aku, bagi kenderaan baru, keadaan standard kenderaan tersebut adalah paling ideal iaitu jurutera-jurutera yang telah mereka bentuk kenderaan, enjin, penggunaan saiz tayar, aerodinamik dan sebagainya telah mengambil kira semuanya dalam merekabentuk kenderaan tersebut. Pengubahsuaian tanpa mengambil faktor2 rekabentuk dan kejuruteraan bukan sahaja boleh menyebabkan ketidakstabilan kenderaan malah boleh menyebabkan kenderaan tersebut menggunakan petrol yang lebih. Bahasa mudahnya jurutera2 tu orang pandai, tak kan mereka nak buat kenderaan yang tidak boleh dijual dan sebagainya.
Bagaimana dengan tambahan aksesori? Cuba anda tanya diri anda, sebuah kenderaan yang direkabentuk dengan berat 1.5 tan. Akibat pertambahan aksesori beratnya bertambah 1.75 tan. Dengan kuasa enjin yang sama sudah tentu enjinnya perlukan kuasa yang lebih untuk menggerakkan kenderaan tersebut? Adakah perlu aksesori tersebut? Anda fikirkanlah sendiri.
Bagi kenderaan yang lebih berusia banyak faktor yang boleh mengakibatkan penggunaan petrol berlebihan. Antaranya akibat kehausan dan kerosakan kompenen. Oleh itu penyelenggaraan yang betul dan tepat masanya adalah penting supaya setiap kompenen dan peralatan yang perlu berada dalam keadaan optimum untuk tugasannya.
Sekian dulu nanti sambung lagi.....